Bengkel Persediaan Penilaian UMQEI JHB
🗓️ Tarikh: 11 September 2025
📍 Lokasi: Bilik Cube, Wisma RnD
👥 Kehadiran: Pengarah Eksekutif JHB, Ketua-ketua Bahagian JHB, Koordinator-koordinator JHB, Wakil QMED, dan para pegawai JHB
Jabatan Harta Benda (JHB) telah menganjurkan Bengkel Persediaan Penilaian UMQEI JHB pada 11 September 2025 bertempat di Bilik Cube, Wisma RnD. Bengkel ini menghimpunkan pihak pengurusan tertinggi JHB termasuk Pengarah Eksekutif, Ketua-ketua Bahagian serta koordinator-koordinator jabatan bersama wakil dari QMED. Turut hadir ialah para pegawai JHB yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan inisiatif berkaitan. Pihak QMED pula telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Tengku Adeline Adura Tengku Hamzah, Pengarah Pusat Penilaian dan Pembangunan Kapasiti, Jabatan Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti (QMED), bersama Pn. Haslina Che Harun dan Pn. Nurhazwani Moktar dari jabatan yang sama.
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak dan menilai kesesuaian penulisan (write-up) serta bukti sokongan bagi setiap enabler UMQEI yang telah disediakan oleh jabatan. Sebanyak 8 kumpulan telah membentangkan dokumen dan bukti masing-masing kepada wakil QMED bagi mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan sebelum penyerahan akhir.
Sebagai penutup, bengkel ini telah berjaya memperkukuh kefahaman serta komitmen warga JHB dalam menghadapi penilaian UMQEI. Hasil daripada sesi perbincangan, pembentangan dan maklum balas yang diterima, jabatan kini lebih bersedia untuk melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan. Diharapkan usaha berterusan ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan pencapaian cemerlang JHB pada masa hadapan.
Klik butang untuk lihat galeri penuh di Google Drive.