• Welcome to Estates Department
  • pengarah_p@um.edu.my
  • +603-7967 3999
logo
logo
DBKL AKTIFKAN BILIK GERAKAN 24 JAM PANTAU KEADAAN BANJIR

Selesai urusan di Parlimen petang tadi, saya bergegas ke Universiti Malaya (UM), salah satu kawasan yang terjejas akibat banjir kilat pagi tadi.

Saya menerima taklimat ringkas daripada Ar. Dr. Sharifah, Pengarah Eksekutif Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Harta UM, mengenai insiden tersebut. Alhamdulillah, banjir di UM telah surut dalam beberapa jam sahaja.

Saya ingin memuji tindakan pihak UM yang ada menggunakan siren sebagai 'alarm' kepada warganya sekiranya paras air berada pada tahap yang membimbangkan.

Untuk makluman semua, banjir kali ini berlaku disebabkan hujan lebat dengan taburan melebihi 60mm per jam dan mencecah sehingga 118mm di kawasan Kuala Lumpur. Keadaan ini menyebabkan kenaikan paras air yang mendadak.

Selain itu, masalah laluan air yang tersumbat turut dikenalpasti sebagai penyumbang. Oleh itu, saya mengarahkan DBKL supaya menyemak kerja-kerja oleh syarikat konsesi yang bertanggungjawab. Ketika musim hujan seperti ini, tindakan pantas diperlukan. Jika mereka gagal, DBKL perlu ambil tindakan tegas segera.

UM mempunyai kolam takungan hujan yang mampu menampung sehingga 16,000 meter padu air. Proses desiltasi terakhir dilakukan dua tahun lalu, dan saya meminta DBKL menilai keperluan untuk desiltasi semula dengan segera, memandangkan cuaca yang tidak menentu.

Saya juga dimaklumkan bahawa hujan pada tahun ini belum mencapai paras yang mencukupi. Kemungkinan besar hujan lebat akan berlaku pada hujung tahun, yang berisiko menyebabkan banjir.

Sehubungan itu, DBKL telah mengaktifkan bilik gerakan 24 jam untuk memantau kawasan-kawasan hotspot banjir melalui CCTV. Insya-Allah, tindakan segera akan diambil jika berlaku kejadian yang sama.

Turut hadir tadi adalah YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai.

#DrZ
#WilayahPersekutuanKita
#MalaysiaMadani
#50WP

Sumber : Facebook Dr. Zaliha Mustafa
Tarikh : 15.10.2024

Highlights