UMINFO - Gangguan Sistem Penyaman Udara Berpusat semasa Gangguan Bekalan Air Berjadual di seluruh Kampus Universiti Malaya
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Tuan/Puan,
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Prof/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa bangunan-bangunan seperti dibawah akan mengalami gangguan sistem penyaman udara berpusat seperti butiran berikut:
Tarikh : 6 Jun 2024 sehingga 7 Jun 2024
Masa : 6 Jun 2024, 12.00 sehingga bekalan air kembali pulih
Lokasi :
1. Dewan Tunku Canselor
2. Bangunan Fakulti Seni Kreatif
3. Kompleks Perdanasiswa
4. Akademi Pengajian Islam
5. Perpustakaan Utama
6. Bangunan Canseleri
7. Bangunan Peperiksaan
8. Pusat Asasi Sains (PASUM)
9. Dewan Kuliah 1 - 3 dan Animal House Unit, Fakulti Perubatan
10. Dewan Kuliah 1 - 7, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
11. Perpustakaan Za'ba
12. Balai Ungku Aziz
13. Blok D, Institut Pengajian Termaju (IAS)
14. Akademi Pengajian Melayu
15. Fakulti Bahasa dan Linguistik
16. Kolej Kediaman Ke-13
17. Fakulti Undang-Undang
18. Dewan Kuliah A - C & Bangunan Tambahan C, Fakulti Sastera dan Sains Sosial
19. Blok L, Fakulti Kejuruteraan
3. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Prof/Dr./Tuan/Puan untuk merancang dan mengatur urus peralatan yang menggunakan sistem penghawa dingin bagi mengelakkan urusan terganggu.
4. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Jurutera JHB, Ir Md Nidzam bin Md Padzi di talian 011-11402656 atau Puan Nur' Ain binti Alang di talian 013-7319390. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Harta Benda (JHB)
Universiti Malaya
Tarikh : 4 Jun 2024