• Welcome to Estates Department
  • pengarah_p@um.edu.my
  • +603-7967 3999
logo
logo

[uminfo] Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Pembersihan Universiti Malaya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Warga kampus & Mahasiswa/Mahasiswi Universiti Malaya yang dihormati,

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DI UNIVERSITI MALAYA

Untuk makluman, Bahagian Fasiliti, Jabatan Harta Benda (JHB) sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pembersihan di Universiti Malaya. Sehubungan itu, pihak JHB telah menyediakan borang kajian kepuasan pelanggan bagi tahun 2024.

Sukacita kami ingin menjemput semua warga kampus & mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaya untuk mengisi borang kajian ini.

Kami amat mengalu-alukan maklum balas dan pandangan yang diberikan bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan.

Borang kajian adalah seperti di pautan dan QR Code di bawah:

https://forms.gle/8a9wufnn1o1px9E48


Kerjasama semua kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Harta Benda (JHB)
Universiti Malaya
5 Jun 2024

Highlights