• Welcome to Estates Department
  • pengarah_p@um.edu.my
  • +603-7967 3999 (8am - 5pm)
logo
logo

Latihan Pengungsian (Evacuation Drill) – 18 Februari 2025

Pada 18 Februari 2025 (Selasa), Jabatan Harta Benda telah melaksanakan Latihan Pengungsian (Evacuation Drill) di bangunan pejabat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan warga kerja. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan secara praktikal kepada semua staf mengenai prosedur pengungsian bangunan apabila berlaku kecemasan serta memastikan semua pihak memahami laluan keluar dan titik perhimpunan yang telah ditetapkan.

Latihan bermula sekitar jam 10.30 pagi dengan pengaktifan amaran kecemasan sebelum semua staf diarahkan untuk keluar dari bangunan secara teratur dan berkumpul di kawasan perhimpunan yang telah ditentukan. Proses pengungsian berjalan lancar dengan kerjasama pasukan warden keselamatan serta anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team) yang memantau kelancaran pergerakan staf. Pemeriksaan turut dijalankan bagi memastikan tiada individu yang tertinggal di dalam bangunan.

Secara keseluruhannya, latihan pengungsian ini telah mencapai objektif yang dirancang dengan baik. Melalui pelaksanaan latihan ini, warga kerja lebih peka terhadap langkah keselamatan dan lebih bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan. Pihak Jabatan Harta Benda merakamkan penghargaan kepada semua staf yang telah memberikan kerjasama penuh, dan latihan seumpama ini akan diteruskan secara berkala bagi mengekalkan tahap kesiapsiagaan yang optimum.

Highlights