Majlis Apresiasi Perkhidmatan 2025
Tarikh: 27 November 2025 (Khamis)
Lokasi: Ruang Serbaguna, Jabatan Harta Benda (JHB)
Majlis Apresiasi Perkhidmatan 2025 telah berlangsung dengan jayanya bagi meraikan pesara JHB serta menghargai warga kerja yang menerima pengiktirafan perkhidmatan setia. Program ini dianjurkan sebagai tanda penghormatan atas sumbangan, komitmen dan dedikasi mereka dalam memajukan jabatan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Majlis turut dihadiri seramai 185 pegawai dan staf dari pelbagai bahagian. Antara pengisian utama adalah penyampaian cenderamata kepada pesara, penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Setia 20 Tahun, sesi bergambar bersama warga jabatan dan jamuan.
Pesara 2024 yang diraikan:
Penerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Setia 20 Tahun Universiti Malaya
12 orang staf JHB turut menerima pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Setia 20 Tahun daripada Universiti Malaya.
Penutup
Majlis Apresiasi Perkhidmatan 2025 bukan sahaja meraikan jasa para pesara, malah menyemai semangat kekitaan dan menghargai warga kerja yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Jabatan Harta Benda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang diraikan dan mendoakan agar mereka terus diberkati serta berjaya dalam fasa kehidupan seterusnya.
Majlis seumpama ini akan terus menjadi platform penting untuk memupuk budaya penghargaan dalam kalangan warga JHB.
Galeri Gambar
Link penuh: https://drive.google.com/drive/folders/1NdN-qSHzpRPRonBt4ees0kUEoIZ9L9aP?usp=drive_link