Assalamualaikum & Salam sejahtera,
PELAKSANAAN SIFAR PLASTIK SEKALI GUNA
(ZERO SINGLE-USE PLASTICS) DI UNIVERSITI MALAYA
Dengan hormatnya hebahan berkaitan Garis Panduan dan Pelaksanaan Sifar Plastik Sekali Guna (Zero Single-Use Plastics) di Universiti Malaya daripada Pejabat Penolong Naib Canselor (Strategi Korporat) bertarikh 13 Ogos 2024 adalah dirujuk.
Berikut adalah notis makluman untuk tindakan semua.
Dimaklumkan bahawa Pengurusan Jabatan Harta Benda MEWAJIBKAN
pelaksanaan ini di peringkat semua Bahagian dan Seksyen di JHB.
Bagi makanan dan minuman untuk mesyuarat/bengkel/seminar/latihan, mohon masukkan
sebagai salah satu keperluan dalam permohonan e-Procurement/F1RST supaya
pengusaha/pembekal diminta untuk tidak menggunakan plastik sekali guna
dan keperluan lain seperti berikut:
Pelaksanaan penuh Garis Panduan dan Pelaksanaan Sifar Plastik Sekali Guna (Zero Single-Use Plastics) ini adalah pada 1 November 2024.
Segala kerjasama dan perhatian semua pihak berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dimaklumkan.
Jabatan Harta Benda (JHB)
Universiti Malaya
Tarikh : 3 Oktober 2024