Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PENJENAMAAN SEMULA JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN HARTA BENDA (JPPHB) KEPADA JABATAN HARTA BENDA (JHB)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) pada 21.02.2024 telah meluluskan penjenamaan semula Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB) kepada Jabatan Harta Benda (JHB) / Estates Department.
Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa serta merta, urusan rasmi berkaitan Jabatan Harta Benda (JHB) hendaklah dialamatkan seperti berikut:
Ar. Dr. Sharifah Noor Nazim binti Syed Yahya
Pengarah Eksekutif | Executive Director
Jabatan Harta Benda (JHB) | Estates Department (JHB)
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603-7967 7707
pengarah_p@um.edu.my & sharifahnoornazim@um.edu.my
Norshahira binti Ridzuan
Pembantu Setiausaha Pejabat | Assistant Office Secretary
Penjenamaan semula ini juga secara tidak langsung melibatkan pertukaran nama bahagian/seksyen dan pewujudan bahagian baharu di JHB seperti poster dilampirkan.
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Profesor/Dr/Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Salam hormat.
Jabatan Harta Benda (JHB)
Universiti Malaya (UM)
Tarikh : 9 Mei 2024