• Welcome to Estates Department
  • pengarah_p@um.edu.my
  • +603-7967 3999 (8am - 5pm)
logo
logo

Sinergi@JHB 2025 – Eratkan Ukhuwah, Kukuhkan Kerjasama
9 Ogos 2025 | SplashMania Waterpark, Bandar Gamuda Cove

Pada 9 Ogos 2025 (Sabtu), Jabatan Harta Benda (JHB) telah menganjurkan program Sinergi@JHB di SplashMania Waterpark, Bandar Gamuda Cove bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 147 orang staf JHB hadir memeriahkan acara yang berkonsepkan Teambuilding, bertujuan mengukuhkan hubungan kerja, meningkatkan komunikasi, dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga jabatan.

Pengurusan acara dan aktiviti dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator yang dilantik oleh pihak SplashMania. Pelbagai permainan berkumpulan dijalankan secara interaktif, menguji kekuatan fizikal, mental, dan koordinasi antara ahli pasukan. Aktiviti ini bukan sahaja memberikan keseronokan, malah membantu peserta mengenali potensi dan peranan rakan sekerja dengan lebih baik. Walaupun berlatarkan taman tema air yang santai, Sinergi@JHB membawa impak besar dari segi pembangunan pasukan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjaya mengeratkan hubungan antara warga kerja, mengurangkan tekanan, dan menyuntik semangat baharu untuk kembali bekerja dengan lebih berfokus.


Program turut diserikan dengan cabutan bertuah, penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik, serta sesi penghargaan khas kepada staf Seksyen Pengangkutan yang bakal bersara. Inisiatif ini menjadi medan terbaik untuk meraikan jasa dan sumbangan mereka sepanjang berkhidmat di JHB.

Sinergi@JHB bukan sekadar hari riadah, tetapi sebuah pengalaman yang menghubungkan hati dan minda warga Jabatan Harta Benda. Program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai agenda tahunan, dengan pengisian yang lebih kreatif dan mencabar, demi membina pasukan kerja yang kukuh, berdaya tahan, dan bersatu padu.

📸 Galeri Gambar: Klik di sini

Highlights